Thursday, 3 October 2013

KOLEKSI SIRI EMAS (GOLD REGENESIS)


SIRI EMAS

Apabila menjangkau usia 40 tahun, kulit yang matang mula memerlukan lebih perhatian dan penjagaan. Seiring peningkatan usia, tekstur kulit akan semakin kendur dan jumlah pengeluaran lipid yang berkurangan menyebabkan kehilangan air yang banyak. Kekurangan penghidratan pada kulit pula menyebabkannya menjadi lebih nipis dan lebih sensitif kepada kesan luaran. Kekurangan gentian kolagen, yang berfungsi untuk menganjal dan menegangkan kulit menyebabkan kemunculan garis kedutan dan menjadikan warna kulit menjadi tidak sekata. Akibatnya, garis kedutan menjadi lebih dalam dan ini akan memudarkan kontur wajah sehingga ia perlu dibentuk semula.
Penuaan kulit bukan sahaja dipengaruhi oleh perubahan tubuh yang dikaitkan dengan faktor usia, terutamanya perubahan hormon semasa menopaus, tetapi juga gaya hidup, tabiat makan dan penjagaan kulit.
Untuk penjagaan kulit sempurna dan pertumbuhan semula sel-sel kulit matang secara intensif, maka terciptalah siri Gold Regenesis mewah yang berasaskan formula koloid emas tulen ini.
Kini, siri produk Gold Regenesis mewah yang merangkumi krim siang anti-penuaan, krim malam anti-penuaan dan krim mata anti-penuaan merupakan langkah komprehensif yang berupaya memberikan kulit anda hasil yang anda impikan.






KRIM SIANG ANTI-PENUAAN GOLD REGENESIS - RM145
Khusus untuk: Kulit matang, usia 40 tahun ke atas
Jenis kulit: Semua jenis
Matlamat: Untuk melembap, melicin, menegang, menyerikan kulit dan menjadikan warna kulit lebih sekata
Maklumat terperinci:
Krim siang anti-penuaan adalah produk mewah untuk kulit matang berasaskan formula koloid emas aktif yang sangat efektif. Ia bertindak mengurangkan garis kedutan, mengembalikan keanjalan kulit dan memastikan kelembapan kulit yang optimum.
  • Koloid emas mempercepatkan regenerasi sel-sel kulit dengan merangsang pengeluaran kolagen dan elastin yang diperlukan untuk memperolehi kulit yang tegang dan licin.
  • Resveratrol daripada anggur merah menguatkan proses pembaikan kulit dan melindungi kulit daripada faktor-faktor luaran yang berbahaya
  • Kompleks berasaskan asid hyaluronik mengikat air di lapisan dalam epidermis serta meningkatkan tahap kelembapan kulit
  • Ester asid lemak daripada minyak biji rami, yang merupakan sumber yang kaya dengan asid Omega 3, 6 dan 9, berfungsi membina semula lapisan lipid epidermis, mengekalkan rintangan pelindung semula jadi dan melembapkan kulit dengan sempurna
  • Ekstrak Enantia chlorantha sejenis pokok Afrika melegakan kerengsaan kulit, menormalkan rembesan kelenjar sebum dan mencegah kulit daripada berminyak sepanjang hari
  • Oat beta-glucan, allantoin, ekstrak akar liquorice dan D-Panthenol memperhebatkan kesan anti-penuaan ramuan aktif lain dan bertindak melembapkan kulit dengan efektif.
Cara penggunaaan: Sapukan pada wajah di waktu pagi sebelum mekap






KRIM MALAM ANTI-PENUAAN GOLD REGENESIS - RM145
Khusus untuk: Kulit matang, usia 40 tahun ke atas
Jenis kulit: Semua jenis
Matlamat: Untuk rejuvenasi, kecerdasan, mendapatkan kulit berseri dan membentuk semula kontur muka
Maklumat terperinci:
Krim malam anti-penuaan direka untuk membaharui sel-sel kulit matang semasa anda tidur kerana pada waktu tersebut, sel-sel kulit membahagi dan membiak dengan cepat serta lebih mudah menyerap ramuan yang sihat. Krim ini bertindak menyuburkan kulit, mengurangkan garis kedutan dan menghaluskan kontur muka.
  • Koloid emas mempercepatkan penembusan ramuan aktif ke dalam lapisan dalam kulit, merangsang regenerasi dan menghalang kemusnahan gentian kolagen
  • Asid hyaluronik bertindak melembapkan dan memudahkan proses pembaikan kulit
  • Ekstrak akar liquorice merangsang sintesis kolagen, mengembalikan keanjalan kulit dan menegangkannya dengan sempurna.
  • Minyak mawar yang kaya dengan asid lemak tepu, asid retinoic dan vitamin C dan E penting membantu mengekalkan keseimbangan hidro-lipid kulit, menyuburkan, menjadikan warna kulit lebih sekata serta menyerikan wajah
  • Resveratrol daripada anggur merah bertindak sebagai antioksida untuk melambatkan proses penuaan
  • Ester asid lemak daripada minyak biji rami membina semula lapisan lipid epidermis, memadatkan dan menegangkan semula kulit wajah
  • Minyak kelapa, sumber yang kaya dengan vitamin E sangat berkhasiat untuk menyuburkan dan melembapkan kulit
  • Oat beta-glucan, allantoin dan D-Panthenol memperkuatkan tindakan pelembapan dan pertumbuhan semula sel kulit dengan efektif
Cara penggunaaan: Sapukan pada waktu malam pada wajah, leher dan di celah payudara




GOLD REGENESIS KRIM MATA ANTI-PENUAAN - RM129.00 Khusus untuk: Kulit matang, usia 40 tahun ke atas
Jenis kulit: Semua jenis
Matlamat: Untuk mengurangkan garis kedutan, menegangkan, melicinkan dan menyerikan kulit di sekitar mata
Maklumat terperinci:
Krim mata anti-penuaan mengembalikan kulit yang anjal, licin dan halus di sekitar mata, melawan tanda-tanda penuaan, pembentukan kedutan dan perubahan warna kulit.
  • Koloid emas merangsang pengeluaran kolagen dan elastin, memperbaiki dan melembapkan kulit secara optimum
  • Hexapeptide mengurangkan garis kedutan yang sedia ada dan menghalang kedutan baru daripada terbentuk
  • Ekstrak biji Guarana merangsang peredaran mikro, menghapuskan tanda-tanda keletihan seperti lingkaran hitam dan tanda lebam di bawah mata
  • Ekstrak Asian centella (Centella asiatica) melicinkan dan menegangkan kulit, menjadikannya lembut dan tegang
  • Buah kiwi dan ekstrak akar sophora, kaya dengan mineral dan asid, menjadikan warna kulit lebih sekata serta menambah seri pada kontur mata anda
  • Resveratrol daripada anggur merah dan oat beta-glucan memperhebatkan tindakan antioksida hexapeptide dan koloid emas
  • Allantoin dan D-Panthenol menyediakan pelembapan kulit yang optimum
Cara penggunaaan: Sapukan pada waktu pagi dan petang di sekitar mata yang telah dibersihkan
Maklumat tambahan: Telah diuji secara opthalmologi